Hospital Indonesia mula rawat pesakit di kawasan utara Gaza secara rasmi

GAZA, 28 Dis 2015 (PIC) — Kementerian Kesihatan Palestin secara rasmi membuka Hospital Indonesia untuk memberi khidmat kesihatan dan rawatan kepada penduduk di kawasan utara Gaza, apabila Hospital Kamel Odwan ditutup untuk tujuan membaik pulih.

Hospital yang dibina hasil sumbangan rakyat Indonesia itu mula beroperasi sejak 15 Jun lalu. Ia mempunyai 100 buah katil pesakit, empat bilik pembedahan, 10 katil ICU dan 10 katil kecemasan.

Menurut jurucakap kementerian, Dr Ashraf Qudra, hospital ini akan menjadi hospital utama di utara Gaza kerana ia menyediakan khidmat perubatan yang khusus dan moden. Ia juga menyediakan khidmat sokongan seperti klinik 24-jam dan peralatan CT-Scan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts