GAZA, 12 Ogos 2018 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan bahawa Hospital Rantisi tidak dapat memberikan rawatan kemoterapi mulai pagi ini, kerana kehabisan ubat-ubat penting.
Hospital Rantisi yang memberi rawatan pakar khusus untuk pesakit barah kini kehabisan ubat utama termasuk Neupogen, XELOX dan FOLFOX, menyebabkan semua rawatan terpaksa ditangguhkan.
Sehingga 80% ubat-ubat khusus untuk rawatan barah kini kehabisan di hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan di wilayah yang terkepung itu. Ubat-ubat tersebut tersenarai sebagai barangan dilarang masuk oleh rejim Zionis.
(PIC, IMEMC)