Ismail Haneyya: Tidak Akui Kejahatan Israel Bererti Khianat Kepada Allah & Rasul-Nya

ismail haneyyaDengan berani Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menekankan pada hari Selasa (15/9) yang lalu bahawa sesiapa yang tidak mengakui Israel sebagai penjahat nasional dan mendokong hubungan dalam kejahatan yang terang-terangan dilakukan Israel adalah sebuah pengkhianatan terhadap Allah, Rasul Nya, dan warisan Bangsa Islam.

Selama pertemuannya dengan para ulama dan tokoh agama, Haneyya menjelaskan perlawanan terhadap pendudukan Israel sebagai pilihan mutlak untuk membebaskan tanah Palestin, mengembalikan Jerusalem dan mempertahankan Masjid Aqsa ke tangan umat Islam.

Beliau juga mengungkapkan penolakan terhadap persamaan baru bahawa beberapa orang mencuba untuk memaksakan sifat menyerah atas konflik dengan pendudukan Israel. Hal ini amat memalukan umat Islam apabila adanya usaha untuk menanamkan konsep-konsep baru ke dalam pemikiran orang-orang Palestin seperti pengakuan kedudukan Israel sebagai imbalan atas sebahagian pengberhentian dan penyelesaian konflik.

Beliau juga mengatakan bahawa sifat konflik dengan pendudukan Israel adalah tidak boleh menghapuskan tekad dalam memori orang Palestin dengan mengatakan bahawa tidak ada orang yang diizinkan untuk menyerahkan satu inci dari tanah Palestin kerana ia adalah milik seluruh bangsa Islam.

Hal ini nampaknya tidak hanya perlu selalu diingati oleh Muslim Palestin, namun oleh Muslim seluruh dunia. Sehingga dengan demikian dukungan atas perlawanan rakyat Palestin melawan penjajah Israel harus senantiasa ditunjukkan. Buktikan pada dunia bahawa Al-Aqsa dan kota suci Jerusalem adalah tanah wakaf seluruh umat Islam. (mrz/pic)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts