Israel Enggan Bekerjasama Dengan Badan Hak Asasi Manusia

HAMAS amat menghargai usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB yang telah membuat rumusan dalam pemerhatian mereka bahawa apa yang telah berlaku di Jalur Gaza berupa kejahatan perang yang dilakukan oleh Israel terhadap anak-anak dan wanita Palestin. Mereka telah menemui ratusan tubuh mangsa serangan ganas Israel tercabik-cabik, ribuan rumah dihancurkan, Israel menggunakan fosfor putih dan uranium dalam membunuhi mereka yang disaksikan oleh dunia seluruhnya.

Jurubicara HAMAS, Fawzi Barhoum pada Isnin lalu (1/6) menegaskan bahawa pihaknya menyambut baik kedatangan pasukan PBB yang ingin mendapatkan laporan sebenar situasi pasca serangan tentera Israel pada Januari yang lalu. Pasukan tersebut telah mempersetuji bahwa apa yang dialami oleh rakyat Palestin berupa kekejaman dan holocaust yang nyata. Pihak HAMAS akan memberikan kerjasama bagi memudahkan tugas lembaga badan Hak Asasi Manusia tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada halangan bagi HAMAS untuk memberikan bukti-bukti yang sahih bagi yang telah mereka himpun, atau memberikan keterangan kepada mereka secara terperinci kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin di Jalur Gaza. HAMAS berharap usaha ini dan kerjasama ini akan memberikan penjelasan kepada dunia. Dan dalam waktu terdekat akan ada tindakan nyata untuk mengadili kejahatan perang Israel.

Barhoum juga berpandangan bahawa sikap penolakan Israel untuk bekerjsama dengan delegasi PBB badan Hak Asasi Manusia Antarabangsa tersebut sebagai bukti bahawa mereka memang pelaku dari kejahatan perang di Jalur Gaza dan mereka berusaha mengelak dari tudingan dipersalahkan atas apa yang telah mereka lakukan. (bn-bsyr/pic/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts