Israel tahan saksi yang baru pulang memberi keterangan kepada PBB

22 Julai 2009: Israel telah menangkap Mohammad Srour pada 20 Julai 2009 ketika melalui Jambatan Allenby dari Jordan ke Tebing Barat, dalam perjalanan pulang dari memberi kenyataan kepada sebuah suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diketuai oleh Richard Goldstone di Geneva.

Pendudk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel
Penduduk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel

Srour bersama rakannya Jonathan Pollack, seorang aktivis berbangsa Israel yang sering menyertai tunjuk perasaan pada hari Jumaat, telah memberi kenyataan kepada suruhanjaya tersebut pada 6 Julai, berkenaan pembunuhan 2 pemuda oleh tentera Israel ketika peristiwa perhimpunan tunjuk perasaan di Nil’in.

Srour, seorang ahli Nil’in Popular Committee Against the Wall, dan Pollack merupakan saksi kepada kejadian tentera Israel menembak dua orang penduduk Nil’in, Arafat Rateb Khawaje dan Mohammed Khawaje, pada 28 Disember 2008 ketika tunjuk perasaan solidariti kepada Gaza.

“Saya faham benar akan akibat yang bakal saya terima di sempadan Israel bila saya pulang dari memberi kenyataan ini,” kata Srour dalam testimoninya kepada suruhanjaya PBB itu.

Sejurus selepas ditangkap, Srour telah dibawa ke penjara Ofer. Pada hari Rabu, beliau telah disoal-siasat oleh tentera Israel. Peguamnya, Lymor Goldstein, memohon supaya diadakan sebutan kes di mahkamah. Srour mungkin akan dibawa ke mahkamah pada hari Khamis 23 Julai untuk didakwa.

Penduduk di perkampungan Nil’in di Tebing Barat sering mengadakan tunjuk perasaan sejak kerajaan pengganas Israel memulakan pembinaan tembok di atas tanah mereka bulan May 2008 lalu. Sehingga kini, 5 orang penduduk telah dibunuh oleh tentera Israel manakala seorang aktivis Amerika cedera teruk. Menurut laporan relawan perubatan Palestinian Red Crescent tempatan, sehingga April 2009 lebih 450 orang telah tercedera ketika menyertai tunjuk perasaan.

Keganasan tentera Israel semakin ketara sejak mereka melancarkan serangan ke atas Gaza pada 27 Disember 2008. Tentera Israel juga menggunakan senjata yang baru, termasuk gas pemedih mata yang berkelajuan tinggi dan peluru hidup 0.22 kaliber untuk meleraikan penunjuk perasaan.

(Sumber: Ma’an News Agency, International Solidarity Movement)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts