Kesatuan Eropah Kecam Sikap Israel

(MaanImages/Wissam Nassar)

Israel masih gagal untuk memenuhi komitmen dalam melonggarkan blokade yang mereka lakukan terhadap Semenanjung Gaza, demikian kenyataan Ketua Polisi Luar Negara  Kesatuan Eropah, Catherine Ashton, pada Isnin (20/11).

Israel berjanji untuk melonggarkan cengkamannya pada wilayah Palestin pada bulan Jun, akibat tindak balas dan kecaman antarabangsa yang yang mereka hadapi semenjak tragedi serangan tentera Israel terhadap aktivis kemanusiaan yang berada dalam kapal Mavi Marmara pada Mei lalu diperairan antarabangsa.

“Gaza tetap menjadi sumber keprihatinan besar bagi saya … pada saat ini, kami berfikir bahawa apa yang terjadi terhadap Gaza tidak memuaskan, kemasukan barangan keperluan asasi ke Gaza masih berkurangan,” kata Ashton.

Beliau juga mendesak Israel  membenarkan eksport memasuki  Gaza khususnya bahan pembinaan bagi tujuan pembinaan semula sekolah-sekolah di bawah UNRWA.

Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak samada PBB, Kesatuan Eropah, Liga Arab dan sebagainya, namun sehingga ke hari ini masih tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap Israel.  (mnn/hp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts