Khatib Masjidil Haram, Syeikh Abdur Rahman As-Sudais, pada Jumaat (12/11) lalu mengajak jemaah haji memanfaatkan kewajiban haji untuk bersatu mengatasi krisis yang melanda dunia Islam. Beliau mengajak kaum muslimin untuk bekerja serius mencari solusi persoalan Palestin dan membebaskan Masjidil Aqsa.
Syeikh Sudais menuntut penghentian blockade Palestin dan mengajak semua fraksi Palestin untuk bersatu dan menghentikan perselisihan.
Lebih dari satu juta jemaah haji menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram, Mekah Al-Mukarramah, dan para tetamu Allah terus mendatangi Mekah untuk menunaikan ibadah haji. (qm/ip)