Lebih 100,000 penduduk Yaman menjadi pelarian sejak awal tahun

LONDON, 22 Julai 2020 — Lebih 100,000 penduduk Yaman menjadi pelarian sejak awal tahun ini akibat peperangan, desakan keperluan hidup dan juga pandemik Covid-19.

Laporan International Organisation for Migration (IOM) semalam menyebut, “Kini peperangan di Yaman berlarutan selama enam tahun, dan ia masih mengganas tanpa kawalan.” Covid-19 mula muncul sebagai penyebab baharu peningkatan pelarian di seluruh Yaman.

Laporan badan PBB itu mendedahkan lebih 10,000 berhijrah sepanjang tempoh 30 Mac hingga 18 Julai, kebanyakannya kerana bimbang kepada jangkitan virus tersebut, serta kesan langsung pandemik dan krisis ekonomi.

Ketua Misi IOM di Yaman, Christa Rottensteiner, menyebut keadaan di Yaman sangat mengerikan terutamanya di lokasi seperti Aden di mana hospital-hospital menolak pesakit, dan berita-berita tragis menunjukkan jumlah besar kubur-kubur digali, dan penduduk meninggalkan kawasan-kawasan panas Covid-19.

Sehingga petang semalam, kes positif Covid-19 di Yaman meningkat kepada 1,619 orang. Bagaimanapun data tersebut tidak termasuk dlama kawasan yang dikawal oleh pihak Houthi.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts