Malik Akram Ditembak Dengan Peluru Terlarang

BETHLEHEM, 8 Dis 2015 (Maan) — Pegawai perubatan di Hospital Beit Jala mendakwa tentera Zionis menembak mati pemuda Palestin Malik Akram Shahin, 19 tahun, dengan menggunakan peluru terlarang.

Hentakan peluru didapati memecahkan tenggorak Malik Akram, dan kemudiannya meletup di dalam kepada beliau di mana tengkoraknya berkecai menjadi “ratusan serpihan.” Pasukan bedah siasat mendakwa sasaran tembakan dan peluru yang digunakan jelas menunjukkan bahawa tentera Zionis menembak mangsa dengan niat untuk membunuh.

Penggunaan peluru yang boleh meletup, atau dipanggil sebagai peluru “dum dum” adalah terlarang dalam undang-undang antarabangsa dan dikira sebagai satu jenayah perang di bawah Deklarasi Hague 1899 dan juga Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rome. Peluru seperti ini dicipta supaya ia berpecah, kekal dan meletup di dalam badan mangsa, berbanding peluru biasa yang menembus keluar dari badan mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts