Menteri dan Ahli Parlimen desak rejim Zionis iktiraf pos penempatan haram Amona

BEIT LAHM, 19 Sep 2016 (Maan) — Satu undang-undang dicadangkan oleh 24 orang menteri dan Ahli Parliman Zionis semalam, mendesak supaya pos penempatan haram Amona diisytharkan sebagai sah. Rejim Zionis sebelum ini memutuskan supaya pos tersebut dimusnahkan.

Undang-undang tersebut akan membatalkan keputusan Mahkamah Agung Zionis pada 2008 yang mengarahkan pos tersebut dikosongkan kerana ianya dibina di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin.

Pada bulan Mei 2014, siasatan polis Zionis mendapati pendatang Yahudi di pos Amona telah memalsukan dokuman “pembelian tanah” di kawasan tersebut, menyebabkan Mahkamah Agung Zionis mengarahkan pos itu dimusnahkan sebelum 25 Disember 2014.

Lebih 232 pos penempatan haram Yahudi tidak diitiraf oleh rejim Zionis. Bagaimanapun rejim Zionis mengiktiraf 196 penempatan Yahudi di seluruh Tebing Barat walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts