Netanyahu guna siling “purba” palsu sebagai justifikasi penempatan haram di Tebing Barat

NAZARETH, 29 Ogos 2017 — Sekeping wang siling yang diwar-war oleh pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu sebagai bukti sejarah kaitan Yahudi dengan Tebing Barat telah dibuktikan sebagai replika palsu.

Siling tersebut didakwa berusia 2,000 tahun, kononnya ditemui oleh kanak-kanak perempuan Halley Halevy, 8 tahun, di kawasan penempatan haram Halamish di Tebing Barat.

Netanyahu menulis di laman Facebooknya bahawa “siling perak berusia 2,000 tahun” itu telah digunakan ketika era Kuil Kedua dalam sejarah Yahudi, dari 530 Sebelum Masihi sehingga 70 Masihi. “Penemuan mengujakan ini meruapakan tambahan kepada bukti hubungan erat di antara kaum Yahudi dan buminya – Jerusalem, kuil kita, dan kepada penduduk di Judae dan Samaria [Tebing Barat],” tulis beliau.

Bagaimanapun ketua kurator di Jabatan Arkeologi dan Numismatik di Muzium Israel, Haim Gitler, Ahad lalu mengesahkan siling tersebut adalah palsu dan bukan penemuan purba.

Ia bukan sahaja disahkan tidak purba, bahkan hanyalah sebentuk replika cenderahati yang sering dibuat oleh kanak-kanak di Muzium Israel, di mana sebuah mesin kecil mengecap logam digunakan untuk membuat siling ketika aktiviti pendidikan tahunan sempena sambutan Hanukkah.

Netahyahu kemudian memadam tulisan beliau di laman Facebok itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts