AL-QUDS, 16 Nov 2016 (PIC) — Mahkamah Zionis, atau Knesset, hari ini meluluskan rang undang-undang kontroversi yang akan mengisytihar pos penempatan haram yang dibina di atas tanah milik peribadi penduduk Palestin di Tebing Barat sebagai sah.
Undian pusingan pertama rang undang-undang tersebut disokong oleh 58 ahli parlimen, sementara 50 yang lain membantah. Ia perlu diundi sebanyak tiga pusingan untuk diwartakan sebagai undang-undang.
Sekiranya diluluskan sepenuhnya, ia akan terpakai ke atas sekitar 3,000 rumah pendatang Yahudi di Tebing Barat, termasuk pos Amona yang diarahkan roboh oleh Mahkamah Agung Zionis sebelum 25 Disember 2016.