Israel berusaha menutup pembongkaran isu penjualan organ badan pemuda Palestin apabila menuntut pampas an sejumlah $7.5 juta terhadap laporan sebuah akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ di mana wartawan mereka telah mendakwa yang tentera Israel telah memotong organ-organ pemuda Palestin selepas menembak mati mereka.
Sebelum ini, akhbar ‘Haafton Bladet’ telah melaporkan bahawa terdapat kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.
Donald BOSTRÖM, bekerja dengan akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’, berkata yang dia telah menemubual sebuah keluarga rakyat Palestin di mana anak muda mereka telah dibunuh oleh tentera Israel, dan beliau juga telah mengambil gambar-gambar badan pemuda tersebut yang menunjukan telah di belah di Pusat Forensik Israel.
Israel berkata yang laporan ini adalah anti-Yahudi dan cuba menggambarkan kezaliman dan kejahatan negara mereka. Menurut wakil peguam Israel, Guy Ohpir, artikel tersebut adalah anti-Yahudi, bersifat perkauman, dan fitnah besar, dan artikel itu juga adalah dianggap hasutan menentang orang Yahudi dan tentera Israel. Peguam itu menambah bahawa tuntutan mahkamah di buat di New York kerana akhbar tersebut di sebarkan di sana.