Pendatang Yahudi ikrar lawan arahan kosongkan pos penempatan haram Amona

BEIT LAHM, 15 Nov 2016 (PIC) — Pendatang Yahudi yang tinggal di pos penempatan haram Amona dalam mesyuarat mereka petang semalam memutuskan untuk melawan arahan Mahkamah Agung Zionis supaya pos tersebut dikosongkan dan dimusnahkan.

Sekurang-kurangnya 40 keluarga pendatang Yahudi tinggal di Amona, yang dibina di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin.

Mahkamah Agung memutuskan supaya pos tersebut diroboh pada tahun 2008 tetapi ditangguhkan apabila pendatang Yahudi mendakwa mereka telah membeli tanah tersebut. Namun siasatan pada tahun 2014 membuktikan bahawa semua dokumen yang dikemukakan di mahkamah adalah palsu.

Pos penempatan haram Amona akhirnya diarah supaya diroboh sebelum 25 Disember 2016. Semalam, Mahkamah Agung Zionis menolak satu petisyen supaya menangguhkan arahan tersebut.

Datuk Bandar Zionis di al-Quds, Nir Birat, minggu lalu mengugut untuk merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin di al-Quds Timur sekiranya pos-pos penempatan haram Yahudi dirobohkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts