Pendatang Yahudi musnahkan 100 pokok zaitun di Salfit

SALFIT, 31 Jan 2018 — Gerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Rahhalim memusnahkan kira-kira 100 pokok zaitun di perkampungan Yasuf di timur wilayah Salfit pagi tadi.

Pokok-pokok di kawasan Asharat berdekatan sekatan tentera Za’tara di selatan perkampungan itu adalah milik petani Palestin, Mohammad Saleh Jazi.

Rahhalim adalah kawasan penemapatan haram yang ke-25 dalam silayah Salfit. Ia dibina di atas tanah Palestin di penjuru kawasan pentadbiran wilayah Ramallah, Nablus dan Salfit.

Pokok zaitun bukan sahaja menjadi sumber pendapatan utama bagi penduduk Tebing Barat, tetapi turut menjadi simbol perjuangan mereka yang diwarisi dari generasi ke generasi.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts