Rabbi Yahudi Diselar Pertikai Hak Muslim Ke Atas Al-Aqsa

AL-QUDS, 1 Dis 2014 (Palinfo) — Mufti Besar Al-Quds, Sheikh Mohamed Hussein, dan Ketua Majlis Tertinggi Islam Al-Quds, Sheikh Ikrima Sabri, menyelar tindakan beberapa orang rabbi Yahudi yang mempersoal ketamadunan Islam dan Arab di al-Quds dan hak orang Islam ke atas Masjid al-Aqsa.

Kedua-dua tokoh tersebut mengeluarkan amaran tersebut berikutan kenyataan ketua rabbi tentera Zionis, Rafi Peretz, yang mempersoal kesahihan hak bagi orang Islam berada di Masjid al-Aqsa. Sheikh Sabri menyelar kenyataan yang menimbulkan skeptikal itu sebagai palsu dan mengelirukan.

Menurut Sheikh Sabri, pakar arkeologi Yahudi sendiri mengaku bahawa mereka tidak pernah menemui sebarang tanda di bawah dan di sekitar Masjid al-Aqsa yang boleh mengaitkannya dengan sejarah Yahudi. Beliau menekankan bahawa sejarah orang Islam sangat berpaksi kepada tanah Palestin.

Manakala Sheikh Mohamed Hussein mendakwa kenyataan Peretz mengadungi kesilapan jelas berkenaan kaum dan agama, di mana al-Quds adalah sebuah kota Arab dan Islam dan Masjid al-Aqsa adalah milik orang Islam atas ketetapan Ilahi. Menurut beliau, sebarang dakwaan dari pihak Yahudi tentang sejarah Masjid al-Aqsa menggambarkan khayalan mereka dan kegagalan dalam cubaan mereka untuk memalsukan sejarah dan ketamadunan kota suci itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts