Ramai Muslimah Syria Syahid Diseksa Dalam Tahanan

HATAY, TURKI, 13 Dis 2014 – Terdapat lebih dua juta pelarian Syria di Turki. Sungguhpun kehidupan sebagai pelarian memang sesuatu yang terlalu perit, apatah lagi apabila tidak dapat bebas berusaha mencari rezki untuk keluarga, keadaan mereka tidaklah seteruk penderitaan saudara mereka yang masih terperangkap di dalam wilayah Syria yang sedang diganyang rejim syiah Bashar Assad.

Beberapa kem pelarian dan tempat tumpangan didirikan oleh relawan Turki di dalam wilayah Syria bersempadan negara Turki. Namun sejak wujudnya pergerakan teroris ISIS, hampir semua pintu masuk kini tertutup. Tidak ada lagi jalan selamat untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan ke kancah peperangan. Namun relawan asal Syria tetap sanggup menggadai nyawa demi membantu mereka yang terperangkap ini.

Kawasan perkampungan Reyhanli di Antakya merupakan antara tumpuan utama pelarian Syria yang bernasib baik dapat melintasi sempadan. NGO Al-Agial yang membantu relawan mengagihkan bantuan di Antakya turut gigih berusaha memasuki kawasan sempadan di wilayah Syria untuk mengagihkan bantuan di situ. Sebanyak 350 kotak pek makanan dan keperluan harian hasil derma rakyat Malaysia yang dikutip HALUAN tersedia untuk dibawa segera masuk oleh relawan Al-Agial.

“Tidak ada satu keluarga pun yang tidak terkesan daripada peperangan ini,” kata Pengerusi Al-Agial, Dr Ammar Al-Masry yang juga merupakan seorang pelarian dari Hama di tengah Syria sejak lebih tiga tahun lalu.

Tetapi tidak ada kesengsaraan yang boleh menandingi penderitaan wanita Muslimah yang ditahan di dalam penjara. “Adalah mustahil untuk mereka bertahan di dalam penjara,” jelas Dr Ammar, yang merupakan seorang pakar bedah pergigian sebelum menjadi pelarian. Ramai tahanan Muslimah ini menemui ajal mereka ketika diseksa di dalam tahanan penjara rejim syiah Bashar.

Masih ada sekurang-kurangya 700 orang tahanan Muslimah muda, tua dan kanak-kanak di dalam penjara-penjara rejim Asad. “Mereka tetap bertahan, tetapi ramai yang mencari jalan untuk syahid dengan melawan atau mencabar tentera rejim yang menyiksa mereka sehingga mereka dibunuh. Kalau tidak, mereka akan diseksa dengan berbagai cara setiap saat kadang dengan cara yang sangat mengaibkan sekali,” jelas Dr Ammar dengan penuh kesedihan.

“Adakah mereka yang membunuh diri untuk mengelak daripada penyiksaan?” tanya seorang relawan HALUAN.

Dr Ammar menjawab, “InnaliLlah. Ya, ada juga yang akhirnya membunuh diri untuk keluar daripada penyiksaan yang amat sakit dan memalukan maruah mereka sebagai wanita Muslimah.”

Tidak siapa tahu berapa ramai penduduk Syria yang dipenjarakan. Setiap ketika ada pembunuhan beramai-ramai di dalam penjara. “Baru-baru ini 250 orang di bunuh di dalam penjara di Dammaskus. Peperangan di Syria lebih buruk daripada apa yang berlaku di Bosnia dan Yugoslavia. Tidak siapa tahu berapa ramai yang masih hidup di dalam tahanan,” tambahnya lagi menahan sebak dek pengorbanan wanita-wanita Syria menjaga deen dan kehormatan kewanitaan mereka daripada dicemari puak syiah yang sesat itu.

Tidak kurang juga yang hilang. “Mereka keluar ke tempat kerja mencari rezeki, tetapi tidak pulang-pulang ke rumah,” cerita Dr Ammar. Ada juga yang dikepung dan dibiarkan mati kelaparan. “Kalau keluar, mereka akan ditembak. Kalau tetap tinggal di situ, mereka akan mati kelaparan.”

Sedih mendengar musibah yang terpaksa dilalui oleh masyarakat awam Syria. Malangnya, tidak banyak usaha bantuan yang dapat disalurkan. Namun HALUAN akan terus berusaha dengan kerjasama NGO tempatan yang masih gigih beroperasi di dalam Syria.

Selain daripada kerjasama mengagihkan bantuan makanan dengan Al-Agial, HALUAN juga menyalurkan makanan, pakaian sejuk dan alatan belajar di sekitar Damaskus dengan kerjasama Al-Sarraa Foundation.

Antara projek kritikal yang sedang dilaksanakan adalah pembinaan telaga tiub dan gudang kayu api. Kami yang menjadi saksi kepada kemelut masyarakat Sunni Syria bagi pihak anda di Malaysia amat yakin bahawa Allah SWT akan memenangkan mereka yang haq ini suatu hari nanti. Sementara itu, mereka sangat-sangat memerlukan bantuan kita walau sekecil mana sekalipun. Bantulah mereka, saudara-saudara kita seagama yang sanggup menggadaikan nyawa dan harta mereka kerana ingin tetap memelihara akidah yang salim sebelum kembali menemui Allah SWT.

Sumbangan ikhlas anda boleh terus disalurkan melaluiakaun berikut:

Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Berhad : 5622-6350-2611

atau,

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts