Sekatan Zionis dan kekurangan air bantutkan industri bunga Gaza

GAZA, 20 Apr 2016 (Worldbulletin) — Petani Ghazi Hejazi, 54, melihat kebunnya sambil mengeluh. Lazimnya di waktu ini setiap tahun, kebunnya akan dipenuhi dengan bunga-bungaan berkembang cantik. Namun semuanya kini telah berubah.

Ghazi terpaksa mengurangkan keluasan kawasan untuk menamam pokok bungaan di kebunnya yang terletak di bandar Rafah di selatan Gaza, kerana kekurangan air di samping sekatan oleh rejim Zionis yang kini memasuki tahun ke-10.

“Mereka mengenakan sekatan ke atas eksport bunga-bungaan, kemudian sejak lima tahun lalu mereka mengharamkan ekspot sepenuhnya,” kata Ghazi. “Sambutan dari orang tempatan juga merosot kerana masalah ekonomi.”

“Industri ini lazimnya memberi pekerjaan kepada 100 orang, bermakna 100 keluarga,” tambah Ghazi.

Sepertimana petani lain, Ghazi kini terpaksa bertukar arah dengan menanam sayur-sayuran bagi menyara hidupnya.

“Air yang ada di Gaza tidak sesuai untuk tanaman bunga,” jelas Nezar al-Wahidi, seorang pengarah di Kementerian Tanah dan Galian di Gaza.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian, Gaza pernah mengekspot empat hingga lima juta bunga setiap tahun dari 2010 hingga 2014. Ketika itu, mereka mendapat bantuan dana dari Belanda tetapi kini dana tersebut berkurangan dan memaksa petani bertukar kepada tanaman sayur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts