Semoga Allah membalas mereka yang melakukan semua ini!

Rami Almeghari menulis dari Genting Gaza pada 26 Januari 2009.

Sekolah Khalil al-Nubani di Bandar Gaza, dimusnahkan Israel pada 27 Disember 2008.
Sekolah Khalil al-Nubani di Bandar Gaza, dimusnahkan Israel pada 27 Disember 2008.

Samira Qishta, ibu kepada 12 orang anak, berkejar ke rumahnya di kawasan projek perumahan al-Brazil di bandar Rafah sejurus selepas tentera Israel mengisytiharkan pemberhentian serangan ke atas kawasan persisiran pantai pada 18 Januari.

“Ya Allah, apa yang telah berlaku? gempabumi? Saya tak dapat percaya apa yang saya lihat!” Inilah reaksi Samira apabila dia melihat rumahnya yang musnah.

Serangan selama tiga minggu Israel ke atas Gaza kini berakhir, namun kesannya mungkin akan terus dirasa hingga bertahun-tahun akan datang. Terdapat ribuan keluarga yang bersedih, ribuan rumah yang diranapkan dan sebahagian besar prasarana dimusnahkan. Skala kemusnahan akibat serangan tanpa henti boleh dilihat di bandar Rafah, di sempadan Gaza-Mesir.

Ketika memeriksa runtuhan yang sebelum ini adalah merupakan rumah keluarganya, Samira berteriak, “Semoga Allah membalas ke atas Arab dan Israel angakara apa yang mereka lakukan kepada rumah saya.”

“Kami tidak ada kena-mengena dengan terowong-terowong bawah tanah, sebagaimana yang boleh anda lihat, rumah kami terletak lebih dari 300 meter dari Philadelphi Route [nama yang diberikan Israel kepada zone persempadanan],” kata Samira sambil memeriksa sofa yang diseliputi serpihan-serpihan dan tingkap-tingkap pecah di ruang tamu.

Oleh kerana sekatan ketat selama dua tahun yang dikenakan Israeli dan Mesir ke atas Gaza, rakyat Palestin terpaksa menggali terowong ke Mesir untuk membawa masuk bekalan keperluan. Israel mendakwa terowong ini digunakan untuk membawa senjata dan mengebom dengan dahsyat kawasan padat tersebut untuk meruntuhkan terowong.

Jiran Samira, Faten al-Shaer, ibu kepada 6 orang anak, terduduk di depan rumahnya yang rosak teruk dan tidak lagi boleh dihuni.

“Sebelum perang bermula, kami lihat banyak barangan keperluan dibawa dari kawasan sempadan,” kata Faten, “Kami lihat ada makanan, pakaian dan keperluan asas lain. Kami tidak pernah lihat senjata.”

“Kami tinggal di rumah ini sejak lebih dari 40 tahun, sejak abang saya berumur 3 tahun. Dan kamu lihat sekarang, bukan saja rumah kami yang ranap, sejarah kami juga dimusnahkan. Apa yang nak saya katakan? Semoga Allah membalas ke atas semua mereka yang melakukan semua ini kepada kami.”

“Semoga Allah membalas ke atas mereka yang melakukan semua ini kepada kami!’ — kata-kata yang sama dapat didengari di seluruh Genting Gaza.

Di kawasan kejiranan persempadanan al-Foukhari di Khan Younis, satu lagi “gempabumi” berlaku. Hassan el-Semari bercakap dengan penuh kemarahan atas kemusnahan yang dilakukan oleh kereta-kereta kebal Israel di kawasan tersebut.

“Rumah saya tidak ada lagi! Rumah saya tidak ada lagi! Dinding-dinding hampir keseluruhannya diruntuhkan! 20 haiwan ternakan saya terbunuh dan kebun saya habis dimusnahkan. Semoga Allah membalas ke atas semua mereka yang bertanggunjawab!”

Di kejiranan al-Zeitoun ke arah timur bandar Gaza di utara genting, di mana serangan Israel adalah lebih dahsyat, ramai daripada penduduk dipaksa meninggalkan rumah mereka, dan bila mereka kembali, mereka sangat terkejut dengan betapa meluasnya kemusnahan.

Rafiq Dalloul telah dipaksa lari bersama 80 orang ahli keluarganya ke sebuah rumah keluarganya yang lain, jauh dari serangan Israel. Bila dia pulang semula ke kawasan rumahnya, dia hanya dapat mengungkapkan, “Semoga Allah membalas ke atas semua yang terlibat.”

“Ketika kami sedang berlindung di sebuah rumah yang agak jauh, 3 buah kereta kenal Israel menembak rumah tersebut. Apa yang kami lihat sepanjang serangan Israel ke atas Gaza adalah sesuatu yang paling dahsyat sepanjang lebih 40 tahun,” kata beliau.

Anggaran awal kerosakan akibat serangan Israel ke atas Gaza yang bermula 27 Disember lalu adalah sekitar USD 2.5 bilion. Lebih dari 1,300 rakyat Palestin dibunuh, sekurang-kurangnya satu pertiga dari mereka adalah kanak-kanak, dan lebih dari 5,300 orang lain terdecera.

Israel mendakwa serangan mereka adalah untuk menghentikan serangan roket Hamas, sedangkan tidak ada roket yang dilancarkan hinggalah bila Israel mencabuli perjanjian yang dipersetujui dengan menyerang Genting Gaza dan membunuh 6 rakyat Palestin pada 4 November, mengakhiri tempoh aman selama 4 bulan.

Pegawai-pegawai Israel dan Hamas bersedia untuk perbincangan semula yang di usahakan oleh Mesir untuk perjanjian yang lebih panjang dan pembukaan semula pintu masuk di sempadan. Begitu banyak penderitaan dapat dielakkan sekiranya Israel tidak melancarkan serangan ke atas seluruh penduduk Gaza.

Rami Almeghari adalah penyumbang kepada The Electronic intifada, IMEMC.org dan Free Speech Radio News dan seorang pensyarah sambilan media dan penterjemah politik di Universiti Islam Gaza. Rami juga seorang bekas penterjemah kanan Bahasa Inggeris dan ketua editor Pusat Berita Antarabangsa di Palestinian Information Service, Gaza. Dia dapat dihubungi di rami_almeghari AT hotmail DOT com.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts