Tahanan Rizq al-Rjoub gantung mogok lapar

RAMALLAH, 15 Jan 2018 — Tahanan Rizq al-Rjoub, 61, memutuskan untuk menggantung mogok lapar selepas mendapat persetujuan daripada pihak penjara Zionis untuk menghentikan tahanan pentadbiran ke atas beliau.

Tahanan pentadbiran membenarkan penduduk Palestin dipenjara tanpa sebarangan pendakwaan mahupun pengadilan dengan hanya bersandarkan kepada bukti-bukti rahsia selama enam bulan. Tempoh tersebut bagaimanapun boleh dilanjutkan berkali-kali tanpa had.

Rizq yang berasal dari bandar Doura di wilayah al-Khalil telah ditangkap pada 27 November 2017. Ketika itu, beliau terkejut dengan tawaran pihak mahkamah tentera Zionis di Ofer untuk mengusir beliau ke sebuah negara Arab. Beliau menolak tawaran tersebut serta membantah tahanan pentadbiran ke atasnya, lalu melancarkan mogok lapar pada 23 Disember 2017.

Beliau bersetuju menggantung mogok lapar setelah pihak penjara Zionis serta perisikan Shin Bet berjanji melakukan siasatan dan segera membebaskan beliau sekiranya tiada pendakwaan dapat dibuat.

Rizq, bapa kepada empat orang anak, pernah beberapa kali ditangkap dan dipenjara selama 23 tahun, di mana 10 tahun daripadanya adalah dalam tahanan pentadbiran.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts