
QALQILYA, Isnin, 26 Oktober – Pada pagi hari Isnin (25/10), tentera Israel membakar dan merobek-robek Kitab suci Al-Quran ketika menjalankan operasi di bandar Jayyus, timur Qalqilya. Mereka turut menangkap tiga warga Palestin, dua di antaranya bekerja dengan pihak berkuasa Palestin.
“Tentera Israel masuk ke rumah saya pada pukul 1.00 pagi dan menculik ayah saya di depan mata saya dan menggeledah seluruh bahagian rumah.”, cerita Linda, 11 tahun, anak kepada Ismael Beda, yang teloah ditangkap oleh tentera Israel. Linda mengatakan bahawa dia dalam ketakutan saat melihat tentera Israel masuk ke rumah mereka dan menutup mata ayahnya.
Beliau menambah bahawa pasukan Israel merampas Al-Quran dari rumah mereka, kemudian membakarnya.
Tentera Israel juga menyerbu rumah Mahmoud Beda, seorang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan. Tentera Israel menggeledah rumahnya dan cuba mencari senjata. Isterinya memaklumkan bahawa lebih daripada 30 tentera menyerbu rumahnya sementara suaminya sedang bekerja di Jericho. Pada saat itu, dia sendirian dengan puterinya Rama yang berusia empat tahun dan Karam, dua tahun.
Dalam berita berkaitan, tentera Israel telah menangkap Wajdi Beda, 30, dan Khalid Salem, 31, dan mereka di bawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan. (imo)