Tentera Zionis Bunuh Kanak-Kanak 13 Tahun

RAMALLAH, 12 Okt 2015 (IMEMC) — Seorang kanak-kanak 13 tahun dibunuh oleh tentera Zionis di jalan masuk kawasan utara el-Bireh petang semalam.

Sumber Kementerian Kesihatan menyebut bahawa Ahmed Sharaka, 13 tahun, ditembak dengan peluru getah di bahagian kepalanya dan dikejarkan ke Pusat Rawatan Palestin di Ramallah dalam keadaan kritikal. Mangsa meninggal dunia akibat pendarahan otak sejurus tiba di hospital.

Ahmed Sharaka yang berasal dari kem pelarian Jalazoun di utara Ramallah telah bersama-sama penduduk yang berlawan dengan tentera Zionis di utara el-Bireh apabila ditembak di bahagian kepala.

Semalam, 81 orang penduduk Palestin tercedera di Tebing Barat iaitu 53 kecederaan di sekatan jalan Hawara berdekatan Nablus, 20 di Tulkarem dan lapan di Ramallah.

Jumlah kematian mangsa tembakan tentera Zionis sejak awal Oktober meningkat kepada 24 orang, di mana 13 daripadanya berlaku di Al-Quds dan Tebing Barat manakala 11 lagi di Gaza. 1,300 yang lain tercedera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts