ANKARA, 2 Sept – Turki akan mengusir duta Israel setelah terungkapnya kajian laporan PBB tentang serangan pasukan terhadap komando Israel terhadap sejumlah kapal Turki yang sedang dalam perjalanan ke Gaza tahun lalu.
Menurut pemimpin Turki di Ankara mengatakan mereka juga menggantung perjanjian ketenteraan hari ini. Hal ini dilakukan ekoran pendedahan satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa rejim Yahudi telah menggunakan kekerasan tidak munasabah ke atas misi kemanusiaan ke Gaza pada Mei 2010, yang menyebabkan kematian sembilan warga Turki.
Ekoran keengganan Israel memenuhi tuntutan permohonan maaf, membayar pampasan bagi keluarga mangsa yang terbunuh dan menamatkan sekatan ke atas rakyat Palestin di Gaza, Turki mengumumkan ia menurunkan taraf hubungan dengan rejim Yahudi.
“Hubungan diplomatik Turkei-Israel dikurangkan ke tahap setiausaha kedua,” kata Menteri Luar Ahmet Davutoglu di sini hari ini.
Dalam insiden tahun lalu, kapal milik Turki Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh. Seramai 12 orang sukarelawan merupakan rakyat Malaysia dan mereka selamat.
Ahmet berkata kesemua kakitangan lebih tinggi daripada setiausaha kedua akan dihantar balik menjelang Rabu ini. Reaksi Turki ke atas laporan yang ditunggu lama, yang turut mengisytiharkan sekatan tentera laut di Gaza juga tidak sah, memburukkan hubungan Ankara-Israel. Duta Israel Gabby Levy kini berada di negaranya dan membatalkan rancangan untuk kembali ke Turki semalam.