Zionis rancang bina pos penempatan Yahudi di jantung kota al-Khalil

NAZARETH, 22 Ogos 2016 (Maan) — Buat pertama kali dalam tempoh satu dekad, rejim penjajah Zionis merancang untuk membina sebuah pos penempatan haram Yahudi di tengah-tengah kota al-Khalil.

Mereka mendakwa kawasan tanah terbabit, yang dirampas di bawah arahan tentera pada tahun 1990-an, adalah milik Yahudi sejak sebelum tertubuhnya negara haram Zionis pada tahun 1948. Perancangan untuk meluaskan kawasan penempatan Yahudi di situ kononnya dibuat sejak sebelum ianya dirampas.

Pada awal tahun ini, Kementerian Perang Zionis mengeluarkan kelulusanan bagi perancangan membina beberapa unit penempatan untuk Yahudi di pos tentera Plugat Hamitkanim yang terletak dalam kawasan H2 di al-Khalil, di antara kawasan koloni Yahudi Avraham Avinu dan Jalan Shuhada.

Berikutan Perjanjian Oslo 1997, kota al-Khalil dibahagi kepada dua kawasan iaitu H1 dan H2. Kawasan H2 dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Seramai 30,000 penduduk Palestin tinggal di al-Khalil, sementara sekitar 800 orang pendatang Yahudi tinggal dengan dikawal oleh lebih 1,000 tentera Zionis.

Pertubuhan hak asasi Peace Now mendakwa pihak rejim cuba membatalkan keputusan mahkamah yang dibuat pada tahun 1979, yang menghalang penempatan haram Yahudi di atas tanah yang dirampas untuk tujuan ketenteraan.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts