BAITULMADQIS, 5 Jun 2018 — Parlimen Zionis semalam menyekat satu deraf cadangan undang-undang bagi mengiktiraf hak sama rata bagi semua penduduk “Israel”, sebelum cadangan tersebut sempat dibahaskan.
Deraf cadangan yang diusulkan oleh tiga Ahli Parlimen Arab iaitu Jamal Zahalka, Haneen Zoabi dan Joumah Azbarga itu dikatakan bercanggah dengan usaha mentakrif negara haram Zionis itu sebagai “negara bagi kaum Yahudi” sekaligus menafi hak bagi bangsa bukan Yahudi.
Ia juga dituduh cuba mengubah prinsip-prinsip asas – contohnya membatal Undang-Undang Kepulangan yang mengisytihar hak setiap orang Yahudi untuk berpindah ke “Israel”.
(MEMO)