10 cedera ditembak dalam demonstrasi di pantai Gaza

GAZA, 22 Okt 2018 — Sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin cedera dalam serangan tentera Zionis ke atas peserta demonstrasi laut Great Return March (GRM) kali ke-13 di pantai Beit Lahiya, utara Gaza, petang tadi.

Pihak perubatan mengesahkan 10 mangsa cedera terkena tembakan peluru hidup dan dikejarkan ke Hospital Indonesia dan Hospital al-Shifa, sementara beberapa yang lain diserang dengan bom gas pemedih mata.

Penduduk Gaza kini mengadakan demonstrasi GRM dua kali seminggu, iaitu perhimpunan di kawasan pagar sempadan pada hari Jumaat dan pelayaran bot di pantai Gaza pada hari Isnin.

GRM bertujuan menutut hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanag air asal mereka serta mendesak dihentikan sekatan ke atas Gaza yang berterusan sejak 12 tahun lalu.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts