Lebih 100 Peserta Pro-Palestin Ditahan

Peserta demonstrasi ditahan di Universiti New York-Columbia ketika polis membersihkan kawasan perkhemahan yang dibuat oleh pelajar universiti tersebut. Demonstrasi dibuat bagi membantah perang Israel ke atas Gaza.

Beberapa pelajar terlibat dalam protes tersebut telah digantung daripada Universiti Columbia dan rangkaiannya, Kolej Barnard.

Presiden Columbia, Nemat Shafik berkata, beliau memberi kuasa kepada polis untuk membersihkan puluhan khemas yang didirikan oleh penunjuk perasaan kerana mereka melanggar dasar dan peraturan universiti kerana mengadakan demonstrasi tanpa kebenaran dan penglibatan pentadbiran universiti.

Datuk Bandar New York City menyatakan lebih 108 tangkapan dibuat kerana menceroboh. Dua orang didakwa kerana menghalang tugas penjawat awam.

Katanya lagi, pelajar mempunyai hak kebebasan bersuara, tetapi tidak mempunyai hak untuk melanggar dasar universiti dan mengganggu pembelajaran kampus.

Columbia, salah satu universiti ternama di Amerika Syarikat, telah muncul sebagai pusat aktivisme pelajar sejak perang Israel-Gaza bermula enam bulan lalu.

Isra Hirsi, menulis di X, beliau tidak gentar akan terus mendesak untuk ketelusan pelaburan Columbia supaya melupuskan syarikat yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts