Malaysia Kutuk Serangan Israel Terhadap WCK

Malaysia mengutuk serangan udara regim Israel yang menyebabkan kematian tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK) di Gaza.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta pemimpin kerajaan negera-negara yang berduka atas kehilangan warganegaranya dalam serangan kejam ini” Ujar Wisma Putra.

Mangsa yang terkorban termasuk tiga warga Britain, seorang Poland, seorang warga Australia, seorang warga Palestin dan seorang warga Amerika Syarikat-Kanada.

Penangguhan operasi WCK akan menghalang usaha bantuan segera, menambahkan lagi kesengsaraan rakyat Palestin yang bergelut dengan kebuluran dan penyebaran penyakit.

Menurut Wisma Putra, regim Israel harus mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan perlindungan dan bantuan sampai kepada rakyat Palestin serta pembunuhan di Gaza mesti dihentikan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts