10 lagi keluarga Palestin di al-Ras al-Ahmar diperintah kosongkan rumah

NABLUS, 6 Dis 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerbu kawasan al-Ras al-Ahmar di utara Lembah Jordan dan memaksa 10 keluarga Palestin mengosongkan rumah bagi tujuan mengadakan latihan tentera.

Dua buah traktor turut dirampas dan dibawa ke kem tentera berdekatan.

Penduduk al-Ras al-Ahmar menjadi mangsa tentera Zionis sejak sebulan lalu, di mana mereka dipaksa keluar meninggalkan rumah dan 10 buah traktor telah dirampas. Pertubuhan hak asasi melihat tindakan tersebut bertujuan memberi tekanan supaya penduduk meninggalkan tanah mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts