Ringkasan

10 Masjid Jadi Sasaran Zionis

masjidGAZA, 13 Julai 2014 (PIC) — Jet tentera Zionis mengebom masjid Farouq di kem pelarian Nuseirat sebelum para jemaah sempat menunaikan solat Subuh, menyebabkan kerosakan seluruh bangunannya dan beberapa buah rumah berdekatan.

Beberapa hari lalu, empat orang ahli jemaah terkorban dan lima lagi tercedera dalam serangan ke atas masjid Anwar Aziz di Jabaliya.

Menurut Kementerian Wakaf dan Urusan Agama, sekurang-kurangnya 10 buah masjid telah menjadi sasaran langsung sepanjang lima hari pertama serangan Zionis, termasuk dua buah di Khan Younis dan dua lagi di utara Gaza.

Jumaat lalu, jet Zionis menyasarkan kawasan sekitar masjid Dar al-Salam menyebabkan seorang terkorban dan lapan lagi tecedera ketika dalam perjalanan pulang setelah selesai mengerjakan solat terawih.

Tiga lagi penduduk, termasuk seroang warga tua, terbunuh ketika dalam perjalanan ke masjid Rahman untuk menunaikan solat Maghrib.

Serangan ke atas rumah penduduk dan institusi awam ini jelas menunjukkan sikap perkauman yang menebal dalam diri tentera Zionis. Setiausaha kementerian, Dr. Hassan Sifi, mengecam sikap buruk dan barbarik tentera ZIonis itu. “Sikap perkauman melampau dapat dilihat dalam cara mereka mengebom tanah perkuburan, masjid dan rumah-rumah ibadat lain, terutama sekali masjid al-Farouq di Nusairat dan masjid Anwar Aziz di wilayah utara,” kata beliau.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts