10 pemuda Palestin cedera, 7 diculik di Jalazone

RAMALLAH, 15 Julai 2018 — Sekurang-kurangnya 10 pemuda Palestin tercedera dan tujuh yang lain diculik dalam pertempuran satu dengan tentera Zionis di kem pelarian Jalazone di utara Ramallah hari ini.

Kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin menyebut bahawa sembilan mangsa telah dikejarkan ke Kompleks Perubatan Palestin, di mana enam daripada mereka cedera ditembak dengan peluru hidup dan tiga lagi ditembak dengan peluru getah.

Tentera Zionis meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin sehingga mencederakan Saleh Abu Sharifa, yang kemudiaannya dikejarkan ke hospital yang sama.

Seramai tujuh pemuda ditangkap dan dilarikan ke lokasi rahsia. Sebuah kenderaan milik salah seorang mangsa turut dirampas.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts