10 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 5 Sep 2016 (IMEMC) — Persatuan Tahanan Palestin melaporkan bahawa seramai 10 penduduk Palestin di Tebing Barat diculik sepanjang malam tadi.

Di Ramallah, dua penduduk Mohammad Halabi dan Waleed Suleiman Rabea’ diculik. Mohammad Halabi adalah abang kepada Mohannad Halabi yang ditembak mati oleh tentera Zionis di Kota Lama al-Quds pada 3 Oktober 2015.

Tentera Zionis turut menyerang masuk dan menggeledah rumah penduduk di al-Khalil, di mana dua pemuda Moath Yousef Shahateet, 20, dan Thaer Nael Abu Sharkh, 32, di culik.

Di bandar Tulkarem di utara Tebing Barat pula, pemuda Ali Taqi, 25, diculik. Manakala pemuda Hussein Zoheir Samara, 24, diculik di bandar Salfit.

Kem pelarian ‘Aida di Beit Lahm turut diserang masuk di mana pemuda Ibrahim Yassin Abu Srour, 30, diculik.

Dalam kejadian di kem pelarian Shu’fat di utara al-Quds, tentera Zionis menculik Ala’ Taha, hanya beberapa jam selepas pemuda Mustafa Nimir, 24, ditembak mati oleh tentera Zionis ketika memandu kereta.

Sementara itu, tiga yang lain dilaporkan cedera ditembak di kem pelarian Balata dan bandar Sebastia di daerah Nablus, di utara Tebing Barat.

Tentera Zionis turut menceroboh masuk perkampungan Shoufa di tenggara Tulkarem dan mengepung kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts