10 Warga Awam Palestin Cedera Akibat Serangan Udara Israel

BANDAR GAZA, 10 Feb – Sepuluh warga Palestin tercedera pada pagi Rabu (9/2) dalam serangan udara yang dilancarkan oleh  Israel yang bermula selepas tengah malam dalam siri serangan letupan ke arah hujung utara Semenanjung Gaza hingga ke selatan.

Jurucakap dari Perkhidmatan Kecemasan , Adham Abu Salmiya mengatakan bahawa lapan orang cedera ringan termasuk dua kanak-kanak dan tiga wanita. Yang terluka dipindahkan ke Hospital Bandar Gaza di  utara Odwan Kamal.

Abu Salmiya mengatakan satu serangan disasarkan ke sebuah gudang ubatan di  timur bandar Gaza.

Pesawat-pesawat tempur Israel juga dilaporakn telah menjatuhkan dua peluru berpandu di kawasan kosong di sebelah timur bandar Gaza, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Jauh di selatan, dua warga Palestin cedera ketika peluru berpandu Israel membantai sebuah pusat latihan yang digunakan oleh Briged Jihad Islam Al-Quds.  Sumber-sumber perubatan mengatakan yang terluka adalah warga awam yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut.

Sebuah kenyataan tentera Israel mengatakan bahawa serangan tersebut menyasarkan “terowong keganasan,” yang “bertujuan untuk digunakan oleh pengganas untuk menyusup ke Israel dan untuk melakukan serangan keganasan terhadap warga awam Israel dan tentera mereka.” (mnn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts