100 kanak-kanak Palestin ditahan dalam penjara Megiddo

RAMALLAH, 27 Apr 2016 (Maan) — Seratus kanak-kanak Palestin ditahan dalam penjara Megiddo, di mana mereka berhadapan dengan berbagai bentuk pencabulan hak asasi pihak pengurusan penjara Zionis.

105 orang Palestin ditahan dalam seksyen tiga penjara yang terletak di utara negara haram Zionis itu, di mana hanya lima orang daripada mereka adalah tahanan dewasa.

Awal tahun ini, para tahanan melakukan bantahan dengan menolak agihan makanan. Pihak berkuasa Zionis bertindak dengan menyerang para tahanan, memindahkan mereka ke dalam tahanan terasing, memotong bekalan elektrik dan merampas barangan mereka.

Hampir 60% tahanan kanak-kanak Palestin telah dipindahkan dari wilayah Palestin yang terjajah ke penjara di dalam negara haram Zionis, selepas mereka dijatuhkan hukuman. Langkah ini merupakan satu pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa.

Setiap tahun, dari 500 hingga 700 kanak-kanak Palestin semuda 12 tahun ditahan dan didakwa dalam mahkamah tentera Zionis, kebanyakannya atas tuduhan membaling batu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts