100 pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa

AL-QUDS, 9 Nov 2016 (PIC) — Pasukan keselamatan khas Zionis yang lengkap bersenjata berat menyerbu masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, bagi membuka laluan kepada lebih 100 pendatang serta 45 pelajar kolej Yahudi menceroboh masuk ke tapak suci umat Islam itu.

Para pendatang yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk melalui pintu al-Magharibeh secara penuh provokatif. Mereka kemudiannya berkumpul di pintu ar-Rahmah untuk mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang didakwa pernah terbina di situ.

Sepanjang bulan Oktober lalu, seramai 3,000 pendatang Yahudi telah menceroboh masuk ke dalam al-Aqsa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts