100 tahanan dipindah dari penjara Ramon

RAMALLAH, 26 Julai 2016 (PIC) — Pihak berkuasa penjara Zionis hari ini menyerang masuk Seksyen 5 penjara Ramon dan memaksa 100 tahanan Palestin keluar dari kurungan mereka untuk dipindahkan ke penjara Ohalei Kedar.

Langkah tersebut merupakan tindak balas pihak rejim ke atas sikap solidariti para tahanan ke atas Bilal Kayed dan dua bersaudara Muhammad dan Mahmoud al-Balboul yang melancarkan mogok lapar membantah tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas mereka.

Langkah-langkah lain turut diambil oleh rejim Zionis, termasuk mengharamkan semua lawatan oleh pihak keluarga, mengenakan pemeriksaan badan, denda yang tinggi, dan rampasan peralatan elektrik, bagi mematahkan tindakan mogok lapar di kalangan para tahanan.

Seramai 50 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar selama 10 hari bagi memberi dokongan solidariti kepada Bilal Kayed dan tahanan mogok lapar lain dalam penjara Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts