DAMASKUS, 26 Feb 2018 — Laporan terbaharu Badan Bertindak bagi Pelarian Palestin di Syria (AGPS) hari ini mendedahkan bahawa nasib lebih 100 ibu dan wanita muda Palestin yang ditahan dalam penjara rejim Syria tidak dapat dipastikan, kerana mereka telah “dihilangkan”.

Beberapa tahanan wanita yang baharu dibebaskan telah mengesahkan bahawa mereka didera dan dilayan dengan zalim oleh pasukan tentera Syria.

Kaedah penderaan tersebut termasuklah dipukul, dikenakan kejutan elektrik, dirogol serta diserang seksual.

(PIC)

SHARE