11 Di tahan Tentera Israel, Termasuk Kanak-kanak Bawah Umur

JERUSALEM YANG DIJAJAH, 24 Jan – Sebelas warga Palestin, di antara mereka tujuh kanak-kanak di bawah umur, dipukul dan ditangkap pada Isnin (23/1) ketika tercetusnya pertengkaran dengan pasukan askar Israel di daerah Baitulmuqaddis Timur, Silwan.

Tentera Israel telah menembak gas pemedih mata dan peluru getah pada warga awam, kata penduduk tempatan.

Mereka memukul seorang warga tua berusia tujuh puluh tahun setelah disembur gas pemedih mata di wajahnya ketika serangan itu, demikian menurut Pusat Maklumat Wadi al-Hulwa.
Mereka juga menangkap aktivis Silwan, Moussa Awda, 53, dan tujuh orang kanak-kanak di bawah umur antara 10 hingga 14 tahun. (pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts