Ringkasan

110 Ditangkap di Al-Quds

Arrest_JerusalemAL-QUDS, 14 Ogos 2014 (PNN) — Tentera Zionis menjalankan operasi menangkap penduduk Palestin secara besar-besaran di sini sejak dua hari lalu. Seramai 110 orang telah ditangkap, di mana lebih separuh daripada mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tempoh tahanan.

Selain daripada tahanan dalam kempen dua hari tersebut, seramai 433 penduduk Palestin yang lain telah ditahan sebelumnya. Sejak kejadian penculikan dan pembunuhan kejam Mohammad Abu Khudeir awal Julai lalu, seramai 601 penduduk Palestin telah ditahan. 174 daripada mereka telah dibebaskan sejurus selepas ditahan manakala 190 orang lagi dibebaskan setelah membayar denda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts