BAITULMAQDIS, 15 Apr 2018 — Seramai 112 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghrebi dalam beberapa gerombolan berasingan pagi tadi.

Pasukan polis Zionis menutup Pintu al-Maghrebi pada jam 7:30 pagi, selepas pencerobohan pertama berakhir, dan membukanya semula pada jam 11:00 pagi.

Pasukan khas polis Zionis dikerah ke perkarangan masjid dan berkawal berdekatan pintu-pintu masuk bagi memberi perlindungan kepada para penceroboh yang berarak secara provokatif sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang didakwa pernah berdiri di situ.

(Alray)

SHARE