GURUN NAQAB, 6 Sep 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis telah meroboh 1,158 buah rumah keluarga Palestin di Gurun Naqab dalam tempoh dari Ogos 2016 hingga Ogos 2017.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Coexistence Club, sebahagian daripada rumah-rumah tersebut terpaksa diroboh oleh pemiliknya sendiri apabila diugut dengan denda yang sangat tinggi.

Penduduk perkampungan al-Araqib dikenakan denda sebanyak US$73,841 bagi kos kegunaan jentera untuk meroboh serta kos guaman sebanyak US$28,047.

SHARE