12 penduduk Tebing Barat ditangkap

RAMALLAH, 22 Ogos 2016 (PIC) — Tentera Zionis menangkap 12 penduduk Palestin dalam kempen secera besar-besaran di Tebing Barat awal pagi tadi.

Bandar Azzoun dan Jayyous di timur Qalqiliya diceroboh masuk, di mana tentera melepaskan tembakan bom cahaya dan menjalankan operasi mencari serta menggeledah empat buah rumah penduduk. Mereka turut membina sekatan di laluan masuk dan kawasan sekitar bandar Jayyous.

Di kota Salfit, ramai penduduk mengalami sesak nafas ketika tentera bertempur dan menangkap seorang penduduk. Tentera turut menggeledah rumah penduduk di kota Salfit dan bandar-bandar sekitar, termasuk rumah keluarga para tahanan.

Manakala di al-Khalil, lima penduduk ditangkap. Tentera turut memecah masuk rumah penulis wanita Lama Khater dan mengarahkan beliau supaya hadir ke sesi soal siasat, selepas gagal menangkap beliau.

Dua lagi penduduk ditangkap di Tubas dan Ramallah di mana tentera menyerbu masuk bandar Asira al-Qebliya dan memecah masuk 20 rumah penduduk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts