GAZA, 26 Sep 2018 — Dengan ketibaan musim menuai kali ini, petani di Gaza berjaya menghasilkan 12,000 tan kurma, namun tidak dapat memasarkan hasil bumi tersebut.

Kadar kemiskinan dan pengangguran yang sangat tinggi menyebabkan penduduk tidak mampu membeli buah kurma, dan sekatan berterusan oleh rejim Zionis menyebabkan petani tidak dapat mengekspot hasil mereka.

Petani Mohammed Barka, 28, berkata hasil kurma beliau kali ini sangat tinggi, namun kemurungan ekonomi Gaza menyebabkan semakin kurang jualan walaupun dijual pada harga yang rendah.

Tahun lalu, petani Gaza hanya berjaya mengekspot 400 tan kurma, sebahagian besarnya ke Tebing Barat.

(IMEMC)

SHARE