BAITULMAQDIS, 27 Mac 2018 — Pasukan polis Zionis mengawal 123 orang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah hari ini.

Seramai 54 pendatang dan 35 pelajar agama Yahudi menceroboh masuk dan kemudian berarak di perkarangan masjid, sambil mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang didakwa pernah berdiri di situ.

Sementara itu 34 orang ejen perisikan Zionis melakukan sebuan awal di waktu pagi bersama pasukan keselamatan khas bersenjata lengkap, yang bertebaran di perkarangan tapak suci itu.

Para aktivis dan tokoh Palestin menyeru supaya penduduk Palestin berjaga di Masjid al-Aqsa secara intensif untuk menghadapi perayaan Passover dan upacara ritual sembelihan Yahudi.

(PIC)

SHARE