13 penduduk al-Bireh cedera ditembak

RAMALLAH, 8 Jan 2019 — Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin cedera ditembak dalam serangan tentera Zionis pada hari ketiga berturut-turut di kota al-Bireh, malam tadi.

Kenyataan paramedik Bulan Sabit Merah Palestin menyebut bahawa sebilangan mangsa dirawat di tempat kejadian, sementara sebahagian lagi terpaksa dikejarkan ke hospital.

Pertempuran tercetus tidak lama selepas tentera Zionis sekali lagi menggempur al-Bireh awal malam tadi, menyerang penduduk dengan tembakan peluru dan gas pemedih mata. Puluhan anggota tentera menaiki bumbung-bumbung rumah dan merampas rakaman kamera keselamatan dari kedai-kedai.

Jurnalis di halang memasuki kawasan kejadian.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts