BEIT LAHM, 17 Mei 2018 — Tentera Zionis mennceroboh masuk beberapa kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, menggeledah rumah serta menculik 14 penduduk Palestin termasuk seorang Ahli Parlimen awal pagi tadi.

Di Beit Lahm, tentera Zionis memecah masuk rumah Ahli Parlimen Khaled Tafesh dan menculik beliau. Beliau sebelum ini telah beberapa kali ditangkap dan dipenjara, termasuk di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.

Penculikan berlaku di beberapa kawasan lain di Beit Lahm termasuk Jalan Saff dan Jalan al-Mastakh. Tentera turut menculik pemuda Issa Awad setelah cedera ditembak ketika mereka menyerbu masuk Beit Lahm.

Puluhan orang askar Zionis menyerbu bandar Silwan di selatan Masjid al-Aqsa, memecah masuk rumah dan menculik Ahmad Jalal al-A’war, 21, Ali Sabri Abu Diab, 22, Mohammad Majdi Qa’qour dan Mahdi Yousef Abu Diab, 18.

Di Jenin, Ibrahim Marwan Hanaisha, 26, diculik setelah mengarahkan beliau hadir untuk diinterogasi di pengkalan tentera Salem.

Seorang lagi diculik dari dari Tulkarem. Dua penduduk Ramallah turut diculik.

(IMEMC)

SHARE