140 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 13 Feb 2019 — Beberapa gerombolan pendatang dan pelajar agama Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan didiring oleh pasukan polis Zionis.

Kenyataan Jabatan Wakaf menyebut bahawa 43 pendatang Yahudi menceroboh masuk di awal pagi, berarak dan melakukan ritual di atas tapak suci umat Islam itu.

Manakala gerombolan 83 pelajar dari institusi keagamaan dan universiti Yahudi turut menceroboh masuk bersama beberapa pegawai kanan rejim Zionis.

Sementara 14 orang pegawai polis Zionis menceroboh masuk dan berarak di perkarangan al-Aqsa dalam gerombolan lain.

Pasukan besar polis Zionis dikerah berkawal di Masjid al-Aqsa sehinggalah semua penceroboh beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts