140 pendatang Yahudi dari Perancis tiba di Tel Aviv

TEL AVIV, 3 Ogos 2020 — Seramai 140 Yahudi dari Perancis tiba di lapangan terbang Ben Gurion awal pagi tadi, melengkapkan proses penghijrahan ke bumi Palestin yang terjajah.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Penghijrahan dan Integrasi Zionis, Pnina Tamano-Shata, dan Presiden Persekutuan Antarabangsa Kristian dan Yahudi (IFCJ), Yael Eckstein, yang menguruskan penerbangan mereka.

Seramai 60 orang daripada mereka berumur bawah 18 tahun. Difahamkan 50 orang akan ditempatkan di kawasan Netanya, yang mempunyai ramai pendatang dari Perancis. Manakala 30 orang lagi akan dipindahkan ke kota Baitulmaqdis.

Kenyataan Tamano-Shata menyebut lebih 10,000 pendatang dari serata dunia akan berhijrah sepanjang tahun 2020. Seramai 600 orang lagi akan tiba sepanjang minggu ini. Beliau sendiri merupakan pendatang dari Ethiopia.

(The Jerusalem Post)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts