14,000 penduduk Palestin ditangkap sepanjang 2 tahun lalu

GAZA, 1 Okt 2017 — Pusat Kajian Tahanan Palestin melaporkan bahawa kira-kira 14,000 penduduk Palestin telah ditangkap dalam tempoh dua tahun sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

Seramai 3,100 daripada mangsa adalah kanak-kanak dan 437 wanita.

Sepanjang tempoh tersebut, 2,860 tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan dikenakan, 17 daripadanya adalah wanita dan 42 yang lain kanak-kanak. Seramai 150 warga emas, 39 ahli akademik, 240 pesakit dan warga kelainan upaya dan 115 jurnalis juga menjadi mangsa.

Manakala seramai 16 Ahli Parlimen Palestin turut ditangkap dan 10 orang daripada mereka masih ditahan sehingga hari ini.

Hampir semua tahanan menjadi mangsa penderaan psikologi dan fizikal ketika dalam tahanan.

Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa enam orang tahanan meninggal dunia dalam kurungan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts