15 diculik penduduk Tebing Barat, 4 cedera

NABLUS, 12 Dis 2016 (PIc0 — Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin diculik dan empat yang lain cedera dalam operasi serbuan tentera Zionis di seluruh wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian al-Aroub di al-Khalil dan menculik lima orang pemuda sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk.

Mereka juga memecah masuk rumah keluarga pemuda Palestin yang dibunuh, Ibrahim al-Wahadna, di kem pelarian al-Duheisheh di selatan Beit Lahm dan mengarahkan adiknya Bilal hadir untuk disoal siasat. Pertempuran tercetus apabila tentera menaiki bumbung rumah-rumah penduduk Palestin dan melepaskan tembakan peluru hidup sehingga mencederakan empat pemuda. Semua mangasa dikejarkan ke hospital oleh peramedik Palang Merah.

Serangan turut dilakukan di bandar Burin di selatan Nablus, di mana sekatan tentera dibina berdekatan Beit Furik di timur Nablus. Bekas tahanan Ahmad Halajiyeh, 50, diculik dari rumah keluarganya di Jenin dan dibawa ke tempat yang ditak diketahui.

Sekatan-sekatan turut dibina di persimpangan laluan antara Jenin, Haifa dan Nazareth.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts